Majlis Khatam Al-Quran ini telah diketuai oleh seorang khalifah iaitu Ustaz Wan Hazaruddin dan seramai 19 orang murid-murid j-QAF dari tahun 4 & 3 telah dipilih untuk mengepalai bacaan surah-surah lazim. Selain itu, untuk warga SKBBS yang lain, telah disediakan Al-Quran digital yang dipancarkan dihadapan pentas. Ianya bagi memudahkan warga SKBBS untuk mengikuti setiap bacaan yang telah diperdengarkan oleh para graduan khatam Al-Quran.

Selesai sahaja majlis khatam Al-Quran, ianya diteruskan dengan persembahan tilawah Al-Quran yang telah disampaikan oleh Adik Najihah Sulaiman, juga persembahan Azan oleh Adik Tasnim dan persembahan nyanyian lagu raya oleh kumpulan Al-Insyirah.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah buat para graduan khatam Al-Quran dan juga pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini, semoga ALLAH mengira penat lelah kita sebagai satu ibadah…ameen…

Pentas Untuk Majlis Khatam Al-Quran

Pengerusi Majlis & Barisan Guru-Guru SKBBS

Majlis Khatam Al-Quran Bermula
Kelihatan Al-Quran Digital Di Skrin

Penyampaian Cenderamata Kepada Khalifah & Para Graduan
Oleh Puan GPK Pentadbiran
Persembahan Khas Oleh Murid-Murid SKBBS

Penyampaian Hadiah Oleh Puan Guru Besar

Para Graduan Bergambar Bersama Khalifah

Barisan Guru Pendidikan Islam Yang Bertungkus-Lumus Bagi Menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Ini, Bersama Baju Rasmi Baharu Panatia