KEM NILAM DAERAH GOMBAK Setinggi tahniah kepada SK Taman Melawati 2 dan SMK Lembah Keramat kerana berjaya merangkul anugerah Tokoh Nilam Daerah Gombak 2008. Semoga Kejayaan ini menjadi petanda kepada kebangkitan sekolah-sekolah Daerah Gombak dalam PSS dan NILAM.

KERTAS KERJA KEM NILAM DAERAH GOMBAK 2008

  1. PENDAHULUAN

Kem NILAM ini dicadangkan bagi menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan melatih Guru Perpustakaan & Media di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan. Ini adalah kerana terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini yang mendapati kadar membaca rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah.

  1. NAMA PROGRAM

KEM NILAM 2008

  1. ANJURAN

Pusat Kegiatan Guru Zon Kuang dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Rawang, Hulu Klang,Gombak, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Gombak, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

  1. TARIKH PELAKSANAAN

31 Julai 2008 dan 1Ogos 2008

  1. TEMPAT PELAKSANAAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Gombak

  1. RASIONAL

Pencapaian Tahap jauhari dan Rakan pembaca masih rendah di kalangan pelajar dan murid. Oleh itu, program ini merupakan salah satu cara untuk mengembangkan budaya membaca di kalangan mereka.

  1. MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca seterusnya melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan bertaraf global

  1. OBJEKTIF

Di akhir program adalah diharapkan:

a. Untuk memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan & Media mengenai aktiviti berkaitan memupuk tabiat membaca di peringkat sekolah.

b. Untuk mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah.

c. Untuk melatih dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkaitan aktiviti pembacaan.

d. Memilih Tokoh NILAM di peringkat daerah Gombak.

e. Meningkatkan prestasi pencapaian NILAM di kalangan pelajar di daerah Gombak.

  1. SASARAN

a. Guru Perpustakaan & Media

b. Calon-calon pelajar Tokoh NILAM Daerah Gombak (ting 4 dan tahun 5)

  1. KAEDAH PEMILIHAN PESERTA

i. Pelajar telah mencapai Tahap Jauhari ( NILAM )

j. Sekurang-kurangnya 50 markah Tahap Rakan Pembaca.( RP ).

ii. Pelajar mempunyai minat yang tinggi dalam pembacaan

iii. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah

iv. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam kurikulum