Bengkel Pengurusan NILAM

Program ini dijalankan Hotel Empress,Sepang bermula pada 10.3.2009 hingga 12.3.2009.Urusetia program ini adalah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.Sasaran utama program ini adalah Pegawai PPD negeri Selangor dan juga Pegawai PKG negeri Selangor.Antara pengisiannya adalah seperti Konsep Nilam,Strategi Pelaksanaan peringkat sekolah,tanggungjawab badan pelaksana dan keberkesanan program sehingga kini.PPD Gombak telah diwakili oleh Puan Maimunah unit KUTV.