Sambutan Hari Buku SBPI Gombak

Sambutan Hari Buku SBPI Gombak

Pertandingan Menyanyi Lagu NILAM

Pertandingan Menyanyi Lagu NILAM

Taklimat NILAM SKTM

Taklimat NILAM SKTM

Taklimat Nilam SKTM

Taklimat Nilam SKTM

Ketua Unit PSP-PKG Lancar NILAM SKBRJ

Rabu,16 Januari 2008-Pn Nik Asma Nik Ahmad telah melancarkan program NILAM SK.Bukit Rawang Jaya.Turut hadir di majlis tersebut En Jaafar PTP PSP-PKG dan En Sakri PTP PKG Rawang.

Dalam ucapannya beliau menjelaskan program NILAM adalah merupakan satu program KPM.Keterlibatan semua warga sekolah amat perlu bagi meningkatkan tahap budaya membaca di kalangan pelajar.

Tambah beliau lagi,BTPN-PKG sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menjayakan program ini.

SK Rawang Lancar NILAM (PINTAR BACA 2008)

Isnin,11 Januari 2008 – PSS SK Rawang telah mengambil langkah awal untuk memantapkan lagi pencapaian status rakan pembaca dikalangan pelajarnya.Pelancaran progran PINTAR BACA telah diadakan pada hari ini.

Program ini telah dilacarkan dengan rasminya oleh Encik Azman Bin Larot,Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor.Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa menjadi misi BTPN Selangor ingin melihat kejayaan program NILAM diperingkat sekolah terus maju dan mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Tegas beliau,penekanan kepada rekod bacaan pelajar perlu dikemaskini dan kerjasama ibubapa boleh melonjakkan lagi tahap pencapaian NILAM di sekolah.Hadir sama di majlis tersebut En Sakri Said PTP-PKG Rawang,Guru Besar SKR,Penolong-penolong Kanan dan guru-guru.