Cabaran pidato KRIM Gombak ini disambut hangat oleh 14 orang pelajar dari SBPI Gombak, SMK Hillcrest, SK Sungai Pusu dan SM Al-Amin Gombak.

Dalam ucapan perasmian yg disampaikan oleh Ustaz Norazman selaku wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, beliau memuji usaha kerjasama ISMA dan Madrasah Rahmaniah dalam mencipta peluang bagi remaja dalam mengenalpasti potensi diri. Usaha sebegini katanya adalah selaras dgn misi PPD yg telah dinukilkan dalam plan induk pembangunan (PIP) mereka. Justeru, pihak PPD akan terus mendokong sebarang usaha sebegini di masa akan datang.

Juara pertandingan kali ini, Nurul Ashikin (16 thn) di samping mengungkapkan rasa syukur atas kemenangan yg diraihnya, berkata bahawa progam pidato ini sebenarnya membuka ruang kepada remaja untuk mengasah bakat diri. Dia sendiri yang mengakui tidak mampu berpidato sebelumnya berjaya sampai ke tahap ini setelah berusaha dengan gigih.