Archive for September, 2009


Hari Buku Sedunia

Sambutan Hari Buku Sedunia di perhimpunan SMK SG PUSU 27.4.2009



Sekolah Menengah Sungai Pusu

Advertisements

Kuiz

Pertandingan Kiuz Bee antara Sekolah-sekolah
Menengah Daerah Gombak pada 24 Mei 2009 (Sabtu)
di SMK TMN Melawati sempena sambutan Hari Palang
dan Bulan Sabit Merah Sedunia.

17 sekolah telah mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut dan SMK Seri Selayang telah
menjuarai pertandingan tersebut manakala SMK Taman
Melawati telah muncul sebagai Naib Johan dalam kuiz tersebut dan SMK Sri Gombak mendapat tempat ketiga.

Wakil dari PPD Gombak telah hadir sebagai tetamu khas
di majlis penutupan  penyampaian hadiah pertandingan tersebut.

Open in new window

Open in new window

Open in new window

Open in new window

Pidato

Cabaran pidato KRIM Gombak ini disambut hangat oleh 14 orang pelajar dari SBPI Gombak, SMK Hillcrest, SK Sungai Pusu dan SM Al-Amin Gombak.

Dalam ucapan perasmian yg disampaikan oleh Ustaz Norazman selaku wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, beliau memuji usaha kerjasama ISMA dan Madrasah Rahmaniah dalam mencipta peluang bagi remaja dalam mengenalpasti potensi diri. Usaha sebegini katanya adalah selaras dgn misi PPD yg telah dinukilkan dalam plan induk pembangunan (PIP) mereka. Justeru, pihak PPD akan terus mendokong sebarang usaha sebegini di masa akan datang.

Juara pertandingan kali ini, Nurul Ashikin (16 thn) di samping mengungkapkan rasa syukur atas kemenangan yg diraihnya, berkata bahawa progam pidato ini sebenarnya membuka ruang kepada remaja untuk mengasah bakat diri. Dia sendiri yang mengakui tidak mampu berpidato sebelumnya berjaya sampai ke tahap ini setelah berusaha dengan gigih.

Program Minggu Sahabat & Hari Buku ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan bertemakan “Ke Arah Dunia Tanpa Sempadan”. Banyak aktiviti yang telah diatur pada minggu ini. Ianya bermula pada 29/6/2009- 3/7/2009. Dalam majlis ini juga, Puan Rozita iaitu Guru Pusat Sumber telah memberikan taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Semoga murid-murid akan mendapat manfaat daripada program ini.

Taklimat Aktiviti Oleh Puan Rozita…
Ucapan Perasmian Oleh Puan Wan Azlian…