Category: Berita


Kem Membaca 1 Malaysia

kem1mSurat KPPM dan Kertas Cadangan Aktiviti kem-membaca-1-malaysia1

Kem Membaca 1 Malaysia akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Bin Mohd Yassin yang dijangkakan pada 30.10.2009 di Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya Selangor.

Tarikh cadangan pelaksanaan ialah mulai 26hb Oktober hingga 5hb November 2009. Program ini yang mengambil masa dua minggu ini akan dilaksanakan bersama oleh JPN, BTPN, PKG, Sekolah dengan perkongsian pintar (agensi luar) seperti PNM, IPTA/IPTS, RHB, MBKM, The Asia Foundation, Scholastic (M), MK Land dan lain-lain.

Objektif Kem Membaca 1Malaysia ialah

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  2. Mengerakan program/aktiviti galakan membaca
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat)
  4. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Oktober, oleh itu program ini merupakan salah satu akviti komplimen bagi bulan tersebut.

Sasaran Kem Membaca 1Malaysia tentulah semua murid khasnya murid lepas UPSR dan PMR. (Harap selepas program ini RP atau Rakan Pembaca akan semakin rancak terutama di Sekolah Menengah)

Antara cadangan aktiviti selama dua minggu tersebut ialah

  1. Pesta Buku / Pameran Buku
  2. Pameran Kraftangan
  3. Pemeran Bertema
  4. Resensi Buku
  5. Bicara Buku bersama penulis terkenal
  6. Pertandingan : Pembaca terbanyak, Kosa Kata, Peribahasa, Puisi/Poem, dll
  7. Penulisan Esei : Buku yang saya gemari, perpaduan.
  8. Pertandingan Drama berasaskan buku yang dibaca.
  9. Pertandingan Bercerita
  10. Spelling Bee
  11. Jejak Maklumat.

Ini adalah cadangan aktiviti yang akan dijalankan oleh semua sekolah selepas pelancaran program ini. (Sekolah Wawasan akan bermula lebih awal program Kem Membaca 1Malaysia untuk mengumumkan pemenang dan hadiah yang akan disampaikan oleh YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin)

Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Selangor 2009

Sekalung Tahniah kepada sekolah yang berjaya khususnya dalam Daerah Gombak( 8 Anugerah)

  1. SBPI Gombak Johan Pengurusan NILAM SM Luar Bandar
  2. SMK Rawang Ke 2 Pengurusan Makmal Komputer
  3. SK Taman Melawati Ke 2 Pengurusan NILAM SK Bandar
  4. SK Bukit Rawang Jaya Ke 2 Pengurusan Pusat Akses dan Ke 3 Pengurusan NILAM SK Luar Bandar
  5. PKG Hulu Klang Anugerah Khas PKG Terbaik katogeri Berbangunan Sementara dan Ke 2 Video KLip Terbaik
  6. Adik Azman b Kholid (SBPI Gombak) Ke 2 Tokoh NILAM SM Luar Bandar

Jutaan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Gombak yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi .Kepada semua sekolah yang mengambil bahagian pula saya ucapkan Tahniah dan syabas seluruh warga sekolah di atas komitmen yang diberikan.Kepada yang berjaya Tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan kepada tuan puan seluruh warga sekolah .Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan dan juga tuan puan dapat membantu rakan yang laian menempa kejayaan di masa akan datang.

Terima kasih tak terhingga kepada semua AJK induk PSS Daerah Gombak yang bertungkus lumus menjayakan program ini tanpa bantuan semua rakan-rakan sudah pastinya kejayaan sukar di raih.

Penilaian NILAM PPD

Bergambar bersama para hakim.Berdiri En Sakri dan En Zaironi Depan En.Mohd Nasir,Pn Patipah dan Encik Zainuddin

Bergambar bersama para hakim.Berdiri En Sakri (PKG Rawang)dan En Zaironi(PPD Gombak) Depan En.Mohd Nasir(BTPN Selangor),Pn Patipah(Timb.PPD Gombak) dan Encik Zainuddin(BTPN Selangor)

Panel Hakim Encik Mohd Nasir Ibrahim(tengah)an Encik Zainuddin Kasman (kanan) bersama Encik Zaironi Busri

Panel Hakim Encik Mohd Nasir Ibrahim(tengah)an Encik Zainuddin Kasman (kanan) bersama Encik Zaironi Busri

Penilaian Pengurusan NILAM PPD Gombak telah dijalankan pada 8 Oktober 2009.Dua orang Panel Hakim dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor iaitu En Mohd Nasir Ibrahim dan Encik Zainuddin bin Kasman telah membuat penilaian bermula jam 9.00pagi.

PPD Gombak amat menagalu-alukan kehadiran Panel hakim,Dalam ucapan ringkas Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,Puan Patifah Bt Samsuddin memaklumkan bahawa program galakan membaca di daerah Gombak berjalan selari dengan matlamat Kementerian Pelajaran.Sekolah di daerah Gombak sentiasa melaksanakan program ini sepanjang tahun dan PPD Gombak memberi sokongan sepenuhnya.Pegawai-pegaai di PPDG sering kali hadir dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Kerjasama erat antara PPD Gombak dan PKG Daerah Gombak dalam melaksanakan program ini menambah kelicinan pelaksanaan program ini.Puan Timbalan PPDG mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini dan berharap ianya akan berterusan . Harapan beliau Gombak akan mecapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan.

Bengkel Nilam PPDG

Bengkel tersebut telah diadakan pada 5-6 Oktober 2009 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Rawang.Antara pengisian bengkel tersebut adalah memantapkan pengurusan NILAM di sekolah dan juga PPD Gombak.Seramai 17 orang peserta terlibat secara total dalam bengkel tersebut.Taklimat disampaikan oleh En Sakri Bin Said,PTP PKG Rawang.Bengkel tersebut telah dirasmkan oleh Encik Zaironi Bin Busri -Penyelia KBSR PPD Gombak bag mewakili Ketua Unit Bahasa Puan Nurun Saadah Yusuf.

Turut bersama sepanjang 2 hari bengkel tersebut ialah Puan Nurun Saadah Yusuf – Ketua Unit Bahasa PPDG,Encik Zaironi Busri-Penyelia KBSR PPDG,danĀ  Puan Maimunah Mustafa – Ketua Unit Teknologi Dan Vokasional serta En Misnan Maswan-PTP PKG Kuang bagi membantu peserta melaksanakan bengkel tersebut.

Keseluruhannya bengkel tersebut amatlah berjaya mencapai objektif dan matlamat memantapkan pengurusan aktiviti Gerakan Membaca khususnya di Daerah Gombak.

Senarai Peserta

  1. Puan Srianis Bt Atim- SK Hulu Klang
  2. Puan Ruzainor binti Ab. Halim-SMK Lembah Keramat
  3. Puan Rafidah binti Rashid-SMK Seri Keramat
  4. Encik Che Faisal Haneef bin Che Kamarudin-SK Taman Bukit Indah
  5. Puan Mastura binti Mohd Mokhtar_SK Lembah Keramat
  6. Puan Siti Norita binti Salikin-SMK Bukit Gading
  7. Puan Hazilawati binti Tamby Abdullah-SMK Bdr Baru Sg Buloh
  8. Puan Norita binti Hashim-SMK Gombak Setia
  9. Puan Sabariah binti Mohd Sharif-SK Sungai Pusu
  10. Puan Zaimah binti Mohd Said-SK 2 Taman Selayang
  11. Puan Rozita binti Ahmad-SK Bandar Baru Selayang
  12. Encik Yaakub bin Razali-SK Batu Arang
  13. Puan Eeliani binti Noordin-SK Rawang
  14. Encik Mohd Faizal bin Mamat @ Zakaria-SK 1 Kuala Ampang
  15. Puan Noraini binti Tunggal-SK Bukit Rahman Putra
  16. Puan Roslina binti Suratnu-SBPI Rawang
  17. Puan Noni Hartini binti Abdullah-SMK Bandar Tasik Puteri

Survey


Get your own Poll!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.