Category: Aktiviti


Bengkel Nilam PPDG

Bengkel tersebut telah diadakan pada 5-6 Oktober 2009 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Rawang.Antara pengisian bengkel tersebut adalah memantapkan pengurusan NILAM di sekolah dan juga PPD Gombak.Seramai 17 orang peserta terlibat secara total dalam bengkel tersebut.Taklimat disampaikan oleh En Sakri Bin Said,PTP PKG Rawang.Bengkel tersebut telah dirasmkan oleh Encik Zaironi Bin Busri -Penyelia KBSR PPD Gombak bag mewakili Ketua Unit Bahasa Puan Nurun Saadah Yusuf.

Turut bersama sepanjang 2 hari bengkel tersebut ialah Puan Nurun Saadah Yusuf – Ketua Unit Bahasa PPDG,Encik Zaironi Busri-Penyelia KBSR PPDG,danĀ  Puan Maimunah Mustafa – Ketua Unit Teknologi Dan Vokasional serta En Misnan Maswan-PTP PKG Kuang bagi membantu peserta melaksanakan bengkel tersebut.

Keseluruhannya bengkel tersebut amatlah berjaya mencapai objektif dan matlamat memantapkan pengurusan aktiviti Gerakan Membaca khususnya di Daerah Gombak.

Senarai Peserta

  1. Puan Srianis Bt Atim- SK Hulu Klang
  2. Puan Ruzainor binti Ab. Halim-SMK Lembah Keramat
  3. Puan Rafidah binti Rashid-SMK Seri Keramat
  4. Encik Che Faisal Haneef bin Che Kamarudin-SK Taman Bukit Indah
  5. Puan Mastura binti Mohd Mokhtar_SK Lembah Keramat
  6. Puan Siti Norita binti Salikin-SMK Bukit Gading
  7. Puan Hazilawati binti Tamby Abdullah-SMK Bdr Baru Sg Buloh
  8. Puan Norita binti Hashim-SMK Gombak Setia
  9. Puan Sabariah binti Mohd Sharif-SK Sungai Pusu
  10. Puan Zaimah binti Mohd Said-SK 2 Taman Selayang
  11. Puan Rozita binti Ahmad-SK Bandar Baru Selayang
  12. Encik Yaakub bin Razali-SK Batu Arang
  13. Puan Eeliani binti Noordin-SK Rawang
  14. Encik Mohd Faizal bin Mamat @ Zakaria-SK 1 Kuala Ampang
  15. Puan Noraini binti Tunggal-SK Bukit Rahman Putra
  16. Puan Roslina binti Suratnu-SBPI Rawang
  17. Puan Noni Hartini binti Abdullah-SMK Bandar Tasik Puteri

Hari Buku Sedunia

Sambutan Hari Buku Sedunia di perhimpunan SMK SG PUSU 27.4.2009



Sekolah Menengah Sungai Pusu

Kuiz

Pertandingan Kiuz Bee antara Sekolah-sekolah
Menengah Daerah Gombak pada 24 Mei 2009 (Sabtu)
di SMK TMN Melawati sempena sambutan Hari Palang
dan Bulan Sabit Merah Sedunia.

17 sekolah telah mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut dan SMK Seri Selayang telah
menjuarai pertandingan tersebut manakala SMK Taman
Melawati telah muncul sebagai Naib Johan dalam kuiz tersebut dan SMK Sri Gombak mendapat tempat ketiga.

Wakil dari PPD Gombak telah hadir sebagai tetamu khas
di majlis penutupanĀ  penyampaian hadiah pertandingan tersebut.

Open in new window

Open in new window

Open in new window

Open in new window

Pidato

Cabaran pidato KRIM Gombak ini disambut hangat oleh 14 orang pelajar dari SBPI Gombak, SMK Hillcrest, SK Sungai Pusu dan SM Al-Amin Gombak.

Dalam ucapan perasmian yg disampaikan oleh Ustaz Norazman selaku wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, beliau memuji usaha kerjasama ISMA dan Madrasah Rahmaniah dalam mencipta peluang bagi remaja dalam mengenalpasti potensi diri. Usaha sebegini katanya adalah selaras dgn misi PPD yg telah dinukilkan dalam plan induk pembangunan (PIP) mereka. Justeru, pihak PPD akan terus mendokong sebarang usaha sebegini di masa akan datang.

Juara pertandingan kali ini, Nurul Ashikin (16 thn) di samping mengungkapkan rasa syukur atas kemenangan yg diraihnya, berkata bahawa progam pidato ini sebenarnya membuka ruang kepada remaja untuk mengasah bakat diri. Dia sendiri yang mengakui tidak mampu berpidato sebelumnya berjaya sampai ke tahap ini setelah berusaha dengan gigih.

Hari Buku SKBBS

Program Minggu Sahabat & Hari Buku ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan bertemakan “Ke Arah Dunia Tanpa Sempadan”. Banyak aktiviti yang telah diatur pada minggu ini. Ianya bermula pada 29/6/2009- 3/7/2009. Dalam majlis ini juga, Puan Rozita iaitu Guru Pusat Sumber telah memberikan taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Semoga murid-murid akan mendapat manfaat daripada program ini.

Taklimat Aktiviti Oleh Puan Rozita…
Ucapan Perasmian Oleh Puan Wan Azlian…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.