Archive for October 23, 2009


Kem Membaca 1 Malaysia

kem1mSurat KPPM dan Kertas Cadangan Aktiviti kem-membaca-1-malaysia1

Kem Membaca 1 Malaysia akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Bin Mohd Yassin yang dijangkakan pada 30.10.2009 di Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya Selangor.

Tarikh cadangan pelaksanaan ialah mulai 26hb Oktober hingga 5hb November 2009. Program ini yang mengambil masa dua minggu ini akan dilaksanakan bersama oleh JPN, BTPN, PKG, Sekolah dengan perkongsian pintar (agensi luar) seperti PNM, IPTA/IPTS, RHB, MBKM, The Asia Foundation, Scholastic (M), MK Land dan lain-lain.

Objektif Kem Membaca 1Malaysia ialah

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  2. Mengerakan program/aktiviti galakan membaca
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat)
  4. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Oktober, oleh itu program ini merupakan salah satu akviti komplimen bagi bulan tersebut.

Sasaran Kem Membaca 1Malaysia tentulah semua murid khasnya murid lepas UPSR dan PMR. (Harap selepas program ini RP atau Rakan Pembaca akan semakin rancak terutama di Sekolah Menengah)

Antara cadangan aktiviti selama dua minggu tersebut ialah

  1. Pesta Buku / Pameran Buku
  2. Pameran Kraftangan
  3. Pemeran Bertema
  4. Resensi Buku
  5. Bicara Buku bersama penulis terkenal
  6. Pertandingan : Pembaca terbanyak, Kosa Kata, Peribahasa, Puisi/Poem, dll
  7. Penulisan Esei : Buku yang saya gemari, perpaduan.
  8. Pertandingan Drama berasaskan buku yang dibaca.
  9. Pertandingan Bercerita
  10. Spelling Bee
  11. Jejak Maklumat.

Ini adalah cadangan aktiviti yang akan dijalankan oleh semua sekolah selepas pelancaran program ini. (Sekolah Wawasan akan bermula lebih awal program Kem Membaca 1Malaysia untuk mengumumkan pemenang dan hadiah yang akan disampaikan oleh YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin)

Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Selangor 2009

Sekalung Tahniah kepada sekolah yang berjaya khususnya dalam Daerah Gombak( 8 Anugerah)

  1. SBPI Gombak Johan Pengurusan NILAM SM Luar Bandar
  2. SMK Rawang Ke 2 Pengurusan Makmal Komputer
  3. SK Taman Melawati Ke 2 Pengurusan NILAM SK Bandar
  4. SK Bukit Rawang Jaya Ke 2 Pengurusan Pusat Akses dan Ke 3 Pengurusan NILAM SK Luar Bandar
  5. PKG Hulu Klang Anugerah Khas PKG Terbaik katogeri Berbangunan Sementara dan Ke 2 Video KLip Terbaik
  6. Adik Azman b Kholid (SBPI Gombak) Ke 2 Tokoh NILAM SM Luar Bandar

Jutaan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Gombak yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi .Kepada semua sekolah yang mengambil bahagian pula saya ucapkan Tahniah dan syabas seluruh warga sekolah di atas komitmen yang diberikan.Kepada yang berjaya Tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan kepada tuan puan seluruh warga sekolah .Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan dan juga tuan puan dapat membantu rakan yang laian menempa kejayaan di masa akan datang.

Terima kasih tak terhingga kepada semua AJK induk PSS Daerah Gombak yang bertungkus lumus menjayakan program ini tanpa bantuan semua rakan-rakan sudah pastinya kejayaan sukar di raih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.